AutoCAD merupakan sebuah program yang biasa digunakan untuk tujuan
tertentu dalam menggambar serta merancang dengan bantuan komputer dalam
pembentukan model serta ukuran dua dan tiga dimensi atau lebih dikenali
sebagai “Computer-aided drafting and design program” (CAD). Program ini
dapat digunakan dalam semua bidang kerja terutama sekali dalam
bidang-bidang yang memerlukan keterampilan khusus seperti bidang
Mekanikal Engineering, Sipil, Arsitektur, Desain Grafik, dan semua
bidang yang berkaitan dengan penggunaan CAD.
Sistem program gambar dapat membantu komputer ini akan memberikan
kemudahan dalam penghasilan model yang tepat untuk memenuhi keperluan
khusus di samping segala informasi di dalam ukuran yang bisa digunakan
dalam bentuk laporan, Penilaian Bahan (BOM), fungsi sederhana dan bentuk
numerial dan sebagainya. Dengan bantuan sistem ini dapat menghasilkan
sesuatu kerja pada tahap keahlian dan yang tinggi ketepatan di samping
menghemat waktu dengan hanya perlu memberi beberapa petunjuk serta cara
yang mudah.
Gambar yang dibentuk melalui program autocad dapt diubah bentuk-nya
untuk keperluan grafik yang lain melalui beberapa format seperti DXF (
Data Exchanged File), IGES, dan SLD. Tambahan pula membantu program ini
juga, berkemampuan untuk membentuk dan menganalisa model pepejal dalam
kerja-kerja rekabentuk kejuruteraan. Untuk memenuhi keperluan yang lebih
canggih, perisian ini mampu membawa pengguna mengautomasikan
kerja-kerja penggunaan pengaturcaraan sokongan seperti LISP, dan ADS
untuk membentuk arahan tambahan tersendiri.
Sebelum sesuatu kerja dilakukan, asas mengetahui sesuatu sistem
perkomputeran beroperasi adalah penting bagi memudahkan segala kerja
yang dilakukan supaya tidak timbul sebarang masalah sama ada sebelum
atau selepas penggunaan sistem tersebut.Oleh itu, perkara asas yang
perlu diketahui sebelum pengendalian sesuatu komputer adalah seperti
pengetahuan dalam penggunaan sistem operasi (operating system),
penggunaan “hardware” dan “software”. Saya akan menceritakan lebih
lanjut serta menerangkan secara ringkas beberapa perkara penting yang
perlu diambil perhatian sebelum perisian grafik ini dijalankan dalam pos
saya yang akan datang.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar